Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. sila klik senarai kandungan dibawah untuk isi kandungan.. :)

Wednesday, March 26, 2008

Kesan perubahan sosial keatas struktur keluarga


1.0 PENGENALAN

1.1 Kesan perubahan sosial keatas struktur keluarga

Perubahan sosial yang ketara dan progresif semenjak akhir abad ke-20an hingga kini awal abad ke-21 telah membawa banyak perubahan dan kesannya keatas kehidupan sosial, terutamanya dari segi institusi-institusi sosial dalam masyarakat. Misalnya, Tranformasi Struktural Ekonomi di negara Amerika Syarikat telah banyak memberi kesan keatas perubahan struktur sosial lain terutamanya institusi kekeluargaan, ini kerana sesebuah keluarga berperanan dalam ekonomi sebagai sumber buruh utama tetapi perubahan teknologi dalam pengeluaran kilang dan perubahan nilai majikan yang mengambil pekerja wanita dalam sektor perkilangan telah menyebabkan pengangguran dan perubahan rol wanita dalam struktur sosial yang membawa kepada perubahan nilai-nilai asas dalam keluarga, walaubagaimanapun jika dilihat daripada perspektif paradigma struktural fungsional perubahan dari segi ekonomi hanya merupakan perubahan satu daripada keseluruhan struktur sosial dimana perubahan mana-mana satu akan mempengaruhi yang lain. Maka perubahan sosial ini telah membawa kepada perubahan struktur keluarga dan perlakuan sosialnya dengan kewujudan saiz keluarga yang lebih kecil dan meningkatnya keluarga single parent serta meningkatnya single person-household atau kehidupan bujang dan masalah unmarried parent-hood.

2.0 DEFINISI KONSEP KELUARGA

Konsep keluarga boleh didefinasikan sebagai satu penyatuan manusia dalam satu kumpulan yang bekerjasama dikalangan ahlinya atau cooperative group, dalam tujuannya untuk menjaga dan membesarkan anak-anak (Macionis 2001). Dalam pada definasi lain pula, keluarga dikatakan sebagai satu unit yang dibentuk dua individu atau lebih yang dikaitkan dengan pertalian darah, perkahwinan atau angkat yang hidup bersama. Secara tradisinya keluarga memainkan fungsi seperti berikut,

  1. Agen sosialisasi kepada anak-anak dan anggota keluarga.
  2. Asas kepada unit produksi sumber ekonomi keluarga.
  3. Penjagaan kesihatan dan keselamatan anggota dan warga tua dalam keluarga.
  4. Mengawal tingkahlaku seksual anggotanya.
  5. Reproduksi.
  6. Rekreasi.

Namun akibat daripada perubahan struktur sosial yang berlaku maka dapat dilihat variasi atau pola keluarga yang baru selain keluarga jenis tradisional telah wujud seperti keluarga ibubapa tunggal dan unmaried parent-hood. Perubahan ini berkemungkinan memberi kesan juga kepada fungsi keluarga yang asal.

3.0 TRANSFORMASI KELUARGA ABAD KE-20

3.1 Saiz keluarga yang lebih kecil

Menjelang abad ke 20, wujud aliran (trend) baru dalam kekeluargaan masyarakat didunia. Saiz keluarga yang lebih kecil dari segi bilangan ahlinya mula wujud bagi menggantikan bentuk keluarga tradisi yamg ramai bilangan ahli dalam keluarga. Contoh-contoh bentuk saiz keluarga yang lebih kecil ini dapat dilihat dalam keluarga single parent family, gay family, dan unmarried parenthood.

4.0 KELUARGA IBUBAPA TUNGGAL (SINGLE PARENT)

4.1 Definisi single parent

Keluarga ibubapa tunggal atau single parent didefinisikan sebagai diantara ibu atau bapa yang mengambil tanggungjawab menjaga anak-anak dengan tanpa kehadiran atau sokongan mana-mana satu pihak yang lain samada ibu atau bapa. Definisi dalam melabelkan mana-mana individu sebagai ibubapa tunggal mengambil kira juga kepada takrifan sesebuah negara.

4.2 Fenomena meningkatnya keluarga single parent

Fenomena keluarga single parent merupakan satu bentuk variasi baru dalam kelas keluarga tradisional. Punca meningkatnya keluarga single parent dikaitkan dengan masalah rumahtangga itu sendiri seperti penceraian, pemisahan, pengabaian, melahirkan anak luar nikah dan perkara tidak dijangka seperti kematiaan mana-mana satu pasangan suami atau isteri. Menurut kajian lepas daripada kebanyakan ahli sosiologi dan pengkaji sosial lain berandaian bahawa keluarga single parent akan menghadapi masalah menyara keluarga berbanding dengan keluarga tradisi yang mempunyai dual-earner iaitu nafkah keluarga ditanggung bersama oleh ibu dan bapa, kejadian ini sering dikaitkan dengan ibu tunggal. Keluarga ibu tunggal merupakan satu fenomena isu kekeluargaan yang masih baru di Malaysia, tetapi di negara Amerika Syarikat telah wujud sejak tahun 1970-an iaitu dijangkakan sebanyak 10 peratus daripada isirumah atau keluarga di Amerika Syarikat adalah diketuai ibu tanpa kehadiran bapa dan pada tahun 1993 selepas masa sedekad telah meningkat dalam menjadi 17 peratus daipada keseluruhan keluarga di Amerika Syarikat diketuai wanita. Keluarga ibu tunggal mempunyai segi perbezaan jurang pendapatan yang besar berbanding keluarga dual-earner dengan merujuk keadaan di Amerika Syarikat, kadar kemiskinan keluarga ibu tunggal pada tahun 1994 mencapai 44 peratus berbanding keluarga tradisi dengan anak-anak (Eitzen&Zinn 1998). Selain daripada kesan kemiskinan yang membawa kepada mobiliti kebawah (downward mobility) serta kesan lain seperti masalah mensosialisaikan anak dengan seorang tanpa mana-mana ibu atau bapa turut memberi kesan kepada anak-anak kearah delikuensi dan jenayah.

5.0 SINGLE PERSON HOUSEHOLDS

5.1 Definasi single person households

Definasi single person households membawa maksud bahawa sesorang individu tidak kira jantina lelaki atau perempuan yang tinggal bersendirian di dalam sesebuah unit rumah atau disesebuah petempatan.

5.2 Fenomena meningkatnya single person households

Menurut Benokraitis (1993) dalam bukunya Marriages and Families menyatakan bahawa terdapat dua kategori single person households iaitu Voluntary singlehood atau sukarela dan Involuntary singlehood atau tidak sukarela. Daripada itu juga terbahagi kepada kumpulan Voluntary temporary singles, Voluntary stable singles, Involuntary temporary singles dan Involuntary stable singles.

Voluntary temporary singles iaitu individu yang berkeinginan untuk berkahwin dan menamatkan kehidupan bujang tetapi lebih mengutamakan perkara lain selain mencari pasangan iaitu prioriti melanjutkan pelajaran, kerjaya dan perkembangan kendiri berbanding dengan pencarian teman sehidup dalam satu tempoh masa tertentu atau sementara sahaja. Voluntary stable singles pula merupakan individu yang belum pernah berkahwin dan bepuas hati dengan kehidupan membujang ataupun individu yang pernah berkahwin tetapi telah bercerai atau berkesedudukan tanpa nikah atau penerimaan kehidupan sebagai seorang sami atau paderi. Kategori ini turut merangkumi ibubapa tunggal yang tidak ingin berkawin lagi. Kumpulan ketiga pula Involuntary temporary singles iaitu mereka yang ingin berkahwin dan sedang aktif mencari pasangan. Dalam kumpulan ini termasuklah gologan balu yang kematian suami, pasangan kahwin-cerai dan ibubapa tunggal. Kumpulan terakhir pula ialah Involuntary stable singles iaitu individu yang lebih tua termasuklah andalusia, kahwin-cerai, balu dan mereka yang telah berusia dan ingin mencari pasangan tetapi tidakdapat mencari pasangan yang sesuai maka terpaksa menerima status bujang. Golongan dalam kumpulan ini sering dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah tekanan psikologi daripada peristiwa penceraian atau tidak berkemampuan membentuk keluarga bahagia dan stabil.

Kumpulan-kumpulan yang disebutkan tadi hanya merupakan beberapa variasi daripada single person households tetapi yang terpentingnya adalah merupakan faktor-faktor kenapa meningkatnya fenomena ini. Terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada individu dalam memilih jalan kehidupan membujang berbanding berkeluarga seperti normal iaitu faktor penolak dan faktor penarik.

5.3 Faktor penolak

a. Tiada kawan, isolasi dari masyarakat dan bersendirian (loner).

b. Tidak mempunyai pengalaman dalam bercinta dan berhubungan romantik.

c. Berasa terperangkap dengan hubungan antara lelaki dan wanita.

d. Halangan kepada mencapai kejayaan.

e. Masalah peribadi yang bosan, tidak ceria, masalah kesabaran dan kemarahan (anger).

f. Masalah komunikasi tidak berkesan dengan pasangan.

g. Sexual frustration dan impotensi.

5.4 Faktor Penarik

a. Peluang kerjaya lebih cemerlang.

b. Hubungan yang lebih bebas tidak terikat, seperti seks bebas dan perwatakan casanova.

c. Kehidupan yang lebih seronok dan bebas untuk mencuba pelbagai pengalaman.

d. Segi psikologi pula berasa lebih berautonomi dan cukup tanggung sara hidup.

e. Untuk menjaga hubungan persahabatan antara lelaki dan wanita.

5.5 Masalah-masalah yang dihadapi oleh single person households

Masalah yang akan dihadapi oleh single person households ini jauh lebih banyak berbanding dengan masalah yang dihadapi oleh keluarga tradisi, maka setelah penelitian tentang faktor-faktor yang menjelaskan peningkatan fenomena single person households, maka dapat pula dikaji masalah yang dihadapi oleh mereka. Antaranya ialah masalah marriage squeeze iaitu dimana keadaan kekurangan bilangan lelaki untuk dijodohkan dengan pasangan perempuan akibat daripada satu tempoh baby boom dengan kelahiran bayi perempuan melebihi (surplus) bilangan jumlah bayi lelaki begitu juga dengan keadaan sebaliknya. Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat diantara tahun 1970 hingga 1990 didapati wanita kulit hitam berketurunan Afrika- Amerika ramai yang terpaksa menjadi andartua kerana masalah kurangnya lelaki kulit hitam Afrika-Amerika dalam pasaran perkahwinan. Masalah lain pula adalah masalah berkait dengan kesihatan emosional dan fizikal. Pasangan lelaki dan wanita yang telah berkahwin dan membentuk keluarga didapati kurang menghadapi masalah kesihatan emosional dan fizikal, ini kerana sesama pasangan itu sendiri mampu memberikan penjagaan kesihatan dan sokongan emosi yang secukupnya kepada mana-mana satu pihak, selain itu masalah kewangan dalam rumahtangga dapat diatasi juga bersama. Berbanding dengan individu yang hidup besendirian tanpa berkahwin atau mempunyai pasangan hidup maka berisiko untuk menghadapi masalah tekanan dan scizophrenia, malahan lebih serius lagi mungkin akan membunuh diri sepertimana dinyatakan oleh ahli sosiologi terkenal Perancis, Emile Durkheime dalam bukunya suicide (1897) yang mengatakan individu yang tidak berkahwin, tidak mempunyai anak dan balu akan cenderung menamatkan riwayatnya dengan membunuh diri akibat daripada anomie iaitu kurangnya integrasi nilai dan norma masyarakat terhadap individu. Terutamanya golongan lelaki yang menjalani kehidupan bujang akan lebih berisiko membunuh diri kerana stereotaip anggapan masyarakat bahawa lelaki yang bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan dan membina keluarga. Bagi wanita pula mereka menghadapi masalah perlindungan diri dan keselamatan. Wanita yang bujang berasa keselamatan diri mereka terancam dan terbuka kepada risiko mangsa jenayah, selain itu masalah penuaan atau meningkatnya umur menjadi tekanan kepada wanita bujang kerana dianggap sebagai outcast dalam masyarakat.

6.0 PASANGAN TIDAK BERKAHWIN ( UNMARRIED COUPLE)

Pasangan tidak berkahwin atau Unmarried couple dalam istilah lain dikenali juga sebagai cohabitations iaitu membawa maksud satu perkongsian rumahtangga oleh pasangan yang belum berkahwin.

6.1 Fenomena meningkatnya Unmarried couple

Fenomena unmarried couple jika merujuk keadaan di negara Amerika Syarikat didapati telah mengalami peningkatan besar iaitu sebanyak 500,000 pasangan pada tahun 1970-an dan sehingga kini sebanyak 5.9 juta pasangan ( Macionis 2001), daripada jumlah tersebut didapati 4.2 juta daripadanya merupakan pasangan heteroseksual dan sebanyak 1.7 juta merupakan pasangan homoseksual. Pasangan yang bersedudukan dikatakan terdiri daripada lapisan umur diantara 25 tahun hingga 44 tahun. Unmarried couple atau cohabitation dianggap merupakan salah satu tren dan cara hidup (lifestyles) yang boleh diterima oleh golngan pasangan yang berfikiran lebih terbuka atau berdikari (independent minded) serta berpegang kepada prinsip persamaan taraf gender (gender equality). Terdapat bukti menunjukkan bersedudukan tidak mengalakkan perkahwinan kerana dilihat sebagai tidak mempunyai ikatan komitmen yang kuat berbanding dengan ikatan perkahwinan. Namun keadaan lain pula di negara Sweden iaitu didapati negaranya mempunyai lebih ramai pasangan tidak berkahwin berbanding Amerika Syarikat iaitu 25 peratus berbanding 7 peratus di Amerika Syarikat. Keadaan ini terjadi kerana dasar dan polisi kerajaan yang menyediakan bantuan untuk kebajikan rakyat yang cukup lengkap untuk rakyatnya dari segi kewangan dan perkhidmatan. Misalnya di Sweden 77 peratus pasaran tenaga kerja dikuasai wanita selain kerajaan menyediakan perkhidmatan seperti pusat jagaan kanak-kanak, sekolah biaya kerajaan dan penjagaab kesihatan untuk menyokong ibu-ibu yang bekerjadisamping kerajaan mengamalkan dasar Perkhidmatan sepanjang hayat untuk rakyat atau lifetime services for citizens sehingga pembiayaan pengembumian si mati turut dibayar oleh kerajaan ( from cradle to grave). Hasilnya berlaku perubahan rol wanita dalam keluarga dengan menjadi lebih yakin serta berdikari kerana adanya sokongan kerajaan mengantikan rol lelaki, suami dan fungsi keluarga sehingga membentuk keluarga alternatif dari keluarga tradisi.

6.2 Jenis-jenis unmarried couple

Terdapat beberapa jenis unmarried couple atau cohabitation dikenalpasti iaitu jenis pertamanya part-time atau limited cohabitation iaitu sepasangan lelaki dan wanita yang hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan dengan tujuan untuk memenuhi beberapa tujuan masing-masing seperti untuk mengatasi masalah kewangan atau untuk memenuhi nafsu seksual. Hubungan ini tidak akan kekal dan ada yang mengatakan ia bertujuan untuk pelakunya lari dari nilai kongkongan keluarga, biasanya dilakukan oleh remaja. Jenis kedua pula ialah pasangan premarital-cohabitations iaitu merupakan satu tempoh percubaan oleh pasangan sebelum benar-benar ke peringkat hubungan perkahwinan atau dikenali juga sebagai trial-marriage. Pelakunya cuba menguji beberapa aspek seperti aspek dari segi keserasian umur,ras, dan status perkahwinan lepas untuk memastikan masalah dapat diatasi. Jika tidak akan menamatkan hubungan itu. Pelakunya cuba menguji beberapa aspek seperti aspek dari segi keserasian umur,ras, dan status perkahwinan lepas untuk memastikan masalah dapat diatasi. Jika tidak mereka akan menamatkan hubungan itu. Jenis terakhir ialah jenis substitute-marriage iaitu satu pasangan yang telah lama bersama tanpa perkahwinan sah serta memenuhi komitmen kepada masing-masing sebagai suami dan isteri. Fenomena substitute-marriage ini terjadi apabila salah satu pihak masih terikat dengan ikatan perkahwinan terdahulu atau mereka yang telah bercerai tetapi berkeberatan untuk kahwin lagi atas sebab mampu berdikari sendiri atau berasa perkahwinan itu tiada jaminan. Jenis cohabitations ini sering kali dikaitkan dengan kehidupan artis-artis dunia hiburan.

7.0 KELUARGA PASANGAN GAY (GAY COUPLE)

Definisi

Berasal dari bahasa Greek “Homo” yang membawa maksud “sama” perkahwinan sejenis merupakan satu bentuk perkahwinan yang wujud dalam masyarakat kini. Homoseksualiti membawa maksud tarikan seks (kecenderungan) terhadap individu yang sama jantina. Bagi pihak lelaki, golongan ini digelar golongan gay. Bentuk perkahwinan seperti ini merupakan satu bentuk perkahwinan yang baru dan semakin bertambah setiap hari, selari dengan perjuangan golongan ini mendapatkan hak asasi mereka dalam masyarakat khususnya golongan gay untuk berkeluarga dan mendapat zuriat.

7.1 Sebab kewujudan Pasangan Gay

Terdapat beberapa teori tentang kewujudan homoseksualiti dalam masyarakat. Benokraitis (1993) menyatakat bahawa terdapat empat teori dalam memahami sebab kewujudan golongan gay dalam masyarakat, antaranya ialah:

a) Teori psikoanaliktik

b) Teori pembelajaran

c) Teori biologi

d) Teori kombinasi

a. Teori psikoanaliktik

  • Golongan homoseksual lahir daripada keluarga yang terdiri daripada ibu yang lebih dominan dari segi peranan dan rol berbanding bapa yang lebih pasif. Hal ini menyebabkan anak-anak menolak peranan yang dimainkan oleh mereka ini. Kesannya orientasi seksual mereka tidak dipupuk dengan sewajarnya. Lantas wujud penyimpangan yang menyebabkan mereka menjadi homosekual.

b. Teori pembelajaran

  • Golongan gay wujud akibat dari proses hukuman dan ganjaran. Seperti juga tingkahlaku manusia yang lain, pengalaman melakukan hubungan seks dengan pasangan sejenis akan diimplementasikan sepanjang umur. Sesetengah pendapat ada juga menyatakan bahawa homoseksual terjadi melalui proses pengambilan peranan (role taking) dan peniruan (immitation) daripada seseorang yang homoseksual kepada seorang yang bukan homoseksual dalam proses pembesaran seseorang individu itu.

c. Teori biologi

  • Menurut Wheeler (1992) komponen genetik homoseksual seperti gay seseorang individu wujud dalam trait genetik seseorang manusia. Kajian yang dijalankan oleh Bailey dan Pillard (1978) menyokong hujah yang dikemukakan oleh Wheeer (1992). Beliau telah menemubual golongan gay khususnya yang dilahirkan kembar seiras dan mendapati sebanyak 52% golongan gay ini mempunyai kembar yang juga homoseksual berbanding 22% sahaja bagi golongan kembar tidak seiras. Hasil penyelidikan ini menyimpulkan bahawa gay wujud kerana faktor biologi dan diturunkan dari satu generasi kepada generasi lain.

d. Teori kombinasi

  • King et al.(1991) menyatakan orientasi seks dipupuk dalam diri individu berdasarkan beberapa faktor. Money (1988) pula menyatakan bahawa orientasi seks berkembang semasa fasa awal kandungan bayi (prenatal) dan fasa awal kelahiran bayi ke dunia (neonatal). Pada fasa ini hormon seks bayi dipupuk melalui melalui pembudayaan. Jika seseorang bayi dididik berdasarkan jantinanya maka ia akan membesar dengan sepatutnya,jika tidak maka perkara sebaliknya akan berlaku.

7.2 Sejarah Kemunculan Pasangan Gay

Di Malaysia, perkahwinan pasangan gay (gay marriages) masih lagi dilarang kerana terdapatnya batasan undang-undang selain ikatan terhadap budaya masyarakat yang masih kuat disamping bilangan mereka yang relatif terlalu kecil berbanding golongan heteroseksual. Walaupun terdapat beberapa kes yang seolah-olah mencabar kedaulatan undang-undang, namu begitu perkahwinan seperti itu tidak diperakui di negara ini. Namun begitu di Amerika syarikat, perkahwinan seperti ini adalah dibenarkan. Bemula dari tahun 1980. Golongan homoseksual khususnya golongan gay menganjurkan perarakan ”gay is beautiful” ataupun ”gay pride parade”. Tindakan itu merupakan titik tolak kepada perkembangan pergerakan kumpulan gay dimana individu-individu tertentu yang mempunyai kuasa dalam bidang politik dimana mereka ini juga adalah golongan gay mula menunjukkan diri.

Hasilnya kumpulan ini mendapat kuasa politik dan pengaruh yang kuat dalam masyarakat dan seterusnya membentuk komuniti dan berjuang untuk mendapat kesamarataan dalam masyarakat khususnya dalam hal berkaitan perkahwinan dan pembentukan keluarga dari segi undang-undang.

7.3 Struktur keluarga

Di Massachusetts (As), pasangan gay adalah dibenarkan untuk hidup dalam sebuah rumah sebagai sebuah keluarga dan mempunyai anak.

Hal ini disebabkan terdapatnya ”de facto” (faktor-faktor) tertentu bagi mengesahkan sesebuah pasangan dan anak-anak mereka sebagai sebuah keluarga dari segi undang-undang. Perkara ini adalah seperti yang diputuskan oleh mahkamah negeri (federal court) yang akur dengan kehendak golongan gay untuk berkeluarga. Di Massachusetts, takrifan bagi keluarga adalah pasangan yang hidup dalam sebuah rumah, melakukan aktiviti bersama dan mempunyai akaun bank bersama.

” If you look like a family, feel, smell like a family, cook meal together, share bank accounts, then you are a family by the purpose of the law “

Walaupun pasangan gay dibenarkan untuk hidup secara berkeluarga, namun begitu mereka adalah tidak dibenarkan untuk berkahwin dan mengadakan upacara perkahwinan secara formal. Kebanyakan pasangan gay yang hidup berkeluarga mendapat anak melalui cara pengambilan anak angkat (second parent adopting) dimana pasangan gay yang dibenarkan untuk mendapat hak penjagaan bersama (join custody) terhadap anak bukan biologikal yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan gay tersebut. Disamping itu, terdapat juga pasangan gay yang membawa anak hasil daripada perkahwinan heteroseksual mereka dahulu ke dalam perkahwinan homoseksual mereka.

8.0 KESIMPULANNYA

Perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat telah menyebabkan perubahan dalam struktur, bentuk dan fungsi keluarga sebagai sebuah unit sosial dalam masyarakat. Perubahan dari segi rol yang dimainkan oleh pelaku utama dalam sesebuah keluarga seperti golongan wanita moden yang mempunyai pekerjaan telah menyebabkan pertambahan peranan dan ikatan sosial golongan ini bukan sahaja kepada keluarga dan masyarakat tetapi juga terhadap majikan mereka sehingga wujudnya konflik dan perubahan yakni mengubah fungsi dan rol dimainkan anggota-anggota dalam institusi keluarga dan perkahwinan. Selain daripada itu, perubahan sosial seperti gerakan untuk memperjuangkan hak asasi individu telah menyebabkan kewujudan bentuk perkahwinan baru atau alternatif berbanding domestik seperti perkahwinan pasangan gay dan lesbian’ Lantas daripada itu telah mewujudkan bentuk keluarga baru dari segi strukturnya dan pembentukan unit keluarga melalui proses pengambilan anak angkat dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan satu transformasi baru dalam fungsi, peranan, bentuk dan struktur keluarga yang bakal memberi kesan bukan sahaja pada masa kini tetapi juga merupakan cabaran isu kekeluargaan pada masa akan datang.

1 comment:

naf said...

terima kasih,sedikit sebanyak dpt membantu saya,