Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. sila klik senarai kandungan dibawah untuk isi kandungan.. :)

Monday, March 17, 2008

PEMBELAJARAN MAYA




PEMBELAJARAN MAYA

Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet.

Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar.

Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal.

Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.

Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik

Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.

Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan

Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.

Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.

Konsep

E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas

maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.

Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.

PRINSIP

Mengwujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik.

Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.

Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.

Mengurangkan bebanan setiap guru, terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.

Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

Menjimatkan masa guru, bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.

PERANAN

MENGURANGKAN PERANAN GURU DIDALAM KELAS

MENJADIKAN PROSES p&p LEBIH INTERAKTIF DAN MENARIK

MENINGKATKAN DAN MEMPERKEMBANGKAN BAKAT DAN KEBOLEHAN PELAJAR

MENYEIMBANGKAN KEBOLEHAN DAN KEMEMPUAN PELAJAR

MEMPERTINGKAT DAN MEMPERKASA KAEDAH PENYAMPAIAN GURU DI DALAM KELAS

PERKONGSIAN MAKLUMAT LEBIH EFEKTIF.

MEWUJUDKAN GENERASI CELIK I.C.T

MERAPATKAN JURANG MASA DAN KAWASAN PELAJAR DAN PENGAJAR.HASILNYA PROSES PEMBELAJARAN LEBIH SINGKAT

Pembangunan & Pembinaan

Satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional agar lebih efisen dan efektif.

Antara pembangunan dan pembinaan pembelajaran maya :

Kerjasama antara IPTA/IPTS dengan syarikat tempatan

Mempelbagaikan pengisian di laman web

Mewujudkan kelas maya

Pembangunan Web Portal

Pengeksplorisasian e-learning

Kerjasama Antara IPTA/IPTS Dengan Syarikat Tempatan

Usahasama syarikat Mahirnet Sdn. Bhd. dan UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara maya.

Walaupun yurannya agak tinggi, namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi.

-Jadual kuliah yang fleksibel

-Nota dan tutorial (Internet)

-Perkuliahan secara on-line.

Kesannya : Dapat menjimatkan kos dan masa pelajar

-Berkerja sepenuh masa

-Tempat tinggal yang jauh daripada universiti.

Mempelbagaikan pengisian
di laman web

Pengisian web (e-learning) dipelbagaikan dengan :

-Forum/perbincangan dua pihak secara

komunikasi dua hala,

-Pengorganisasian maklumat dengan lebih teratur

cth : Nota kuliah, jadual, bayaran yuran,

tutorial dan juga peperiksaan.

Menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools, Di US konsep e-learning tidak lagi hanya sekadar melihat nota-nota kuliah ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail tetapi terdapat perbincangan antara pensyarah dan pelajar secara online.

Mewujudkan kelas maya

Membolehkan belajar dalam kadar yang segera.

Direkabentuk betul-betul seperti di dalam bilik kuliah.

-boleh berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain serta profesor mereka melalui laman web.

Pelajar-pelajar juga boleh menghadiri seminar secara maya.

Antara kelas maya yang diwujudkan :

-California State University - menawarkan program sijil perguaman.

-Universiti Of Nebraska pula, lebih bersifat komersial dimana pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang disukai .

Pembangunan Web Portal

Kelebihan web portal, pendidikan ini mempunyai :

-Bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran.

- Maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan juga boleh diakses.

Organisasi yang melibatkan diri dalam menjayakan penubuhan web portal ini :

MIMOS Berhad -www.cikgu.net.my

Kumpulan Utusan -www.tutor.com.my

Pengeksplorisasian e-learning

Sektor swasta lebih mengeksplorisasi penggunaan e-learning.

Bagi syarikat antarabangsa, e-learning dijadikan platform untuk meningkatkan pengetahuan serta skil kakitangannya.

cth : IBM Corporation , 25% daripada latihan dalamannya lebih berbentuk jarak jauh secara maya yang merangkumi 135,000

kakitangannya diseluruh dunia. Pada tahun 1999, IBM telah berjaya menjimatkan kos latihan sebanyak RM760 juta (USD 200 juta).

Mengikut laporan International Data Corporation (IDC), pada ketika ini 87% daripada kaedah latihan disektor swasta adalah secara tradisional

Kehadiran konsep e-learning, statistik latihan tradisional merosot kepada 74% pada tahun 2004 (Asia Pasifik). Sebaliknya pertumbuhan e-learning dijangka meningkat sehingga 94% (1999-2004).

Keberkesanan pelaksanaan

Kebaikan

Sebagai Alat Bantu Mengajar
Dalam Pengajaran Dan pembelajaran

Pembelajaran secara kolaboratif dan secara individu

Boleh belajar mengikut kesesuaian dan kebolehan serta keperluan pelajar

Mendorong pelajar lebih berdikari untuk mendapatkan maklumat

Pelajar akan bersikap lebih terbuka untuk mengemukakan pendapat atau persoalan yang membina

Mempertingkatkan sikap bertanggungjawab palajar terhadap pembelajaran mereka

Mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar dengan penggunaan bahan elektronik seperti perisian grafik,animasi.

Dapat menarik minat pelajar untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

Pelajar akan memperoleh maklumat dari sumber yang lebih luas selain dari buku teks pada bila-bila masa dan di mana saja.

KELEMAHANNYA

Hanya berperanan sebagai alat sokongan penyampaian maklumat atau fakta.

Penggunaan komputer atau internet hanyalah keseronokan sahaja.

Interaksi antara pelajar dengan guru adalah terbatas

Memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya.

Menimbulkan ketidakseragaman sukatan pelajaran.

Memerlukan perbelanjaan yang besar untuk perkakasan dan perisian

Cadangan

teknologi dalam pengajaran hanya sesuai untuk pendidik atau mata pelajaran yang berasaskan teknologi perlu dikikis dari minda setiap tenaga pengajar.

Pendidik harus mempunyai pengetahuan mengendalikan komputer bagi membolehkan seorang pendidik memanfaatkan teknologi tersebut bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tambahan pula dengan sokongan teknologi perisian yang semakin mesra pengguna dan mudah digunakan, konsep pembelajaran menerusi teknologi termasuklah teknologi web menjadi semakin mudah untuk dilaksanakan.

Salah satu isu yang sering dibincangkan oleh kebanyakan pensyarah mengenai penggunaan e-Learning atau e-pembelajaran ialah bagaimana untuk mengoptimumkan penglibatan pelajar khususnya dalam perbincangan atau forum elektronik. Mengoptimumkan di sini bukan sahaja bermaksud menggalakkan pelajar berbincang dan mengeluarkan pendapat tetapi juga mengeluarkan pendapat yang bernas atau ilmiah. Ini memandangkan banyak keadaan menunjukkan ramai pelajar rajin menulis dalam forum elektronik tetapi sebahagian besar mesej yang dikeluarkan hanyalah berbentuk mesej sosial.

Ramai juga pensyarah yang mengadu bahawa sukar untuk menggalakkan pelajar untuk aktif berbincang secara elektronik berbanding dengan perbincangan yang dijalankan secara bersemuka. Secara realitinya, sekiranya sesuatu sesi perbincangan secara elektronik dirancang serta distrukturkan dengan betul, ianya boleh menjadi jauh lebih aktif berbanding apa yang diperoleh semasa pertemuan secara bersemuka. Ini disebabkan beberapa faktor asas yang menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses perbincangan. Antaranya:

Semua pelajar berpeluang untuk mengeluarkan pendapat secara elektronik dan bukannya hanya pelajar yang mempunyai personaliti suka atau berani bercakap sahaja seperti mana semasa di dalam bilik kuliah.

• Pelajar yang memerlukan lebih masa untuk memproses maklumat dan mengeluarkan idea mempunyai masa yang secukupnya sebelum mengeluarkan pendapat mereka di dalam perbincangan secara elektronik.

Pembelajaran Maya ini merupakan satu alternatif yang memberikan manfaat yang besar kepada guru dan murid.

Pelajar perlu memanfaatkan kaedah pembelajaran maya ini semaksimum mungkin kerana jika tiada komitmen diri, tidak akan ada satu cara belajar pun yang akan berhasil

1 comment:

MaMiHani said...

Thank you for your information. It is useful for me.