Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. sila klik senarai kandungan dibawah untuk isi kandungan.. :)

Thursday, March 13, 2008

ReSeaRcH-TeLeCeNtRE

LAPORAN KAJILIDIKAN LAPANGAN DI KAMPUNG GAJAH PERAK


Tarikh mula : 4 Februari 2008

Tarikh tamat : 4 Februari 2008

Masa mula : 4.15 petang

Masa tamat : 6.00 petang

Jumlah responden dianggarkan : 6 orang

Jumlah responden yang diperolehi : 6 orang

Operasi lapangan

Deskripsi :

Kampung Gajah terletak di Hilir Perak. Kawasan kampung Gajah merupakan sebuah kawasan desa yang berdekatan dengan pekan Tapah, Tapah Road dan bandar yang terdekat ialah Teluk Intan. Kawasan yang dilakukan kajilidikan lapangan ini telah mempunyai kemudahan yang lebih daripada sebuah kampung dengan adanya taman perumahan, kedai-kedai perniagaan, sebuah medan makan, sebuah Balai polis daerah termasuk kuarters anggota polis dan sebuah sekolah rendah agama yang terletak berdekatan dengan Balai Polis.

Kumpulan kami sebanyak tiga ahli telah melakukan survei dengan memilih sebanyak enam orang responden daripada jumlah matlamat kami dua belas responden dikawasan Kampung Gajah sahaja dengan pembahagian nisbah seorang pengkaji berbanding dua orang responden. Pemilihan responden pula dibahagikan dengan kriteria umur dan jantina iaitu seorang lelaki berumur 50-an, seorang lelaki berumur lebih dari 10 tahun dan dua lelaki berumur 11 hingga 17 tahun. Manakala responden jantina perempuan pula dipilih seorang berumur lebih dari 10 tahun dan seorang lagi lebih dalam lingkungan umur 11 hingga 17 tahun. Kumpulan kami tidak menggunakan sebarang kaedah pensampelan untuk mendapatkan responden tetapi hanya memilih mengikut selera. Memandangkan pada hari pertama 2 Februari 2008 sebuah borang soal selidik telah diselesaikan oleh kumpulan tiga orang kami di kawasan Tapah Road dengan jumlah tiga orang responden.

Kami mendapati kesukaran untuk mencari responden dalam lingkungan yang berumur 50-an dan responden kanak-kanak yang berumur lebih dari 11 tahun di kawasan Kampung Gajah kerana tiada kawasan yang dilihat berpotensi menjadi kawasan tumpuan orang ramai disamping merupakan waktu petang. Jadi kumpulan kami menyusun strategi dengan memilih sekolah rendah agama Kampung Gajah untuk menjadi tempat menjalankan survei dengan borang soal selidik. Kami masuk ke pejabat staf guru untuk mendapatkan pengesahan dan memohon keizinan daripada Guru Besar sekolah untuk membenarkan kami melakukan kajilidikan.

Pada petang tersebut sekolah rendah agama sedang mengadakan mesyuarat guru jadi kami mempunyai kesempatan untuk berjumpa dengan pelajar daripada darjah 5 dan 6.

Kami membahagikan tugas dengan penyelidik kedua kami Muhammad Yusup b.Sabtu akan mencari dua responden pelajar perempuan berumur 10 tahun atas dan seorang lagi berumur 11 hingga 17 tahun. Manakala penyelidik ketiga kami Nur Izuan Hanafi akan mencari dua responden pelajar lelaki berumur 10 tahun atas dan seorang lagi berumur 11 hingga 17 tahun. Penyelidik pertama kami Chan Kai Yip pula ditugaskan untuk mencari responden lelaki berumur 50-an dikalangan guru sekolah tersebut dan seorang pelajar lelaki berumur 11 hingga 17 tahun.

Kami tidak menghadapi banyak masalah berdepan dengan pelajar perempuan kerana mereka semua kurang agresif dan pemalu. Tetapi menghadapi masalah apabila berdepan dengan pelajar lelaki yang lebih sukar dikawal dan meragui kedatangan kami, ketiga-tiga kami dikerumuni oleh kumpulan pelajar lelaki daripada pelbagai peringkat darjah dengan cuba untuk mendapatkan pen daripada kami. Adalah terlalu sukar untuk menebual pelajar lelaki dengan soalselidik kerana rakan sedarjah akan mengganggu perbualan kami. Keadaan ini berlaku kerana ketiadaan kelas dan guru untuk mengawal keadaan. Walaubagaimanapun sasaran responden yang kami ingini tercapai dalam masa dua jam.

Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh penyelidik kedua dan ketiga kami mendapati bahawa responden yang ditemubual mengatakan bahawa mereka lebih gemar menggunakan komputer peribadi dirumah walaupun tiada kemudahan internet ataupun di pusat komputer. Hal ini disebabkan oleh faktor masa yang mengehadkan mereka untuk keluar kerana mereka masih lagi bersekolah. Selain itu, faktor jarak pusat telecentre yang agak jauh dari rumah juga menyebabkan mereka sukar untuk berkunjung ke telecentre kerana mereka masih lagi dibawah pengawasan ibu-bapa. Namun begitu, mereka berminat apabila diberitahu bahawa penguasaan ilmu melalui peningkatan kemahiran pengendalian komputer dan perisiannya mampu memberikan faedah bukan sahaja kepada diri malah kepada individu lain. Kesimpulannya, kami mendapati bahawa pandangan responden terhadap telecentre keseluruhannya adalah baik. Namun begitu, terdapat serba sedikit kelemahan yang mampu diperbaiki pada masa akan datang.

No comments: